Kalau korang nak buat website sendiri, baca ni

Dulu, aku ada jumpa video seseorang ni di YouTube menerangkan tentang indie website. Katanya, kita sebagai pelukis perlu ada website tersendiri. Antara isi yang diketengahkan adalah:

  • Masalah utama dengan internet masa kini
  • Mengapa korang kena ada personal website
  • Cabaran dan cara untuk menguruskan website sendiri

Kalau korang berminat nak tengok video tersebut, tekan bawah ni:

Why YOU Should Make a Website

Nak pendekkan cerita, video tu membuka minda aku untuk membuat website sendiri. Maka terhasillah website pertama aku, Penulis Aisyah Tajul.

Ni website pertama aku.

Untuk blog pertama aku ni, aku pakai Wix.com. Aku siap langgan Wix Light plan (langganan berbayar) untuk aku letak domain sendiri dan dapat lebih banyak customisation. Memang best, tapi ada satu masalah.

MAHAL!!!

Kepala hangguk dia satu bulan RM69 lebih! Mahal siakk!

Maka, aku berpindah ke Hostinger. Aku dah pun beli domain dari Hostinger masa aku nak buka website Wix, jadi aku cuma perlu beli Wordpress hosting dia je.

Website kedua, aku takde gambar full.

Masa ni aku pakai Wordpress Template dari Etsy. Kalau korang nak tengok-tengok, boleh pi seller ni:

SkyandStars

Kemudian, aku berhadapan dengan masalah baru.

Untuk Hostinger punya Wordpress Hosting, dia akan bagi harga murah pada tahun pertama. Bila aku cek untuk bayar tahun kedua, harga dia BAPAK MAHAL SIAKK!!!

Maka, sebelum website aku mati di tengah jalan aku pun cari alternatif baru. Dan aku akhirnya jumpa JimatHosting!

Aku tak tahu nak bawa Wordpress website dari Hostinger ke JimatHosting, jadi aku kena mula semula dari awal. Tapi tak apalah sebab JimatHosting ada addon Elementor Pro! Yahuu!

Yey dapat Elementor Pro!

Panjang tak muqaddimah aku ni? Hahah...

So, aku nak bagitahu korang kenapa korang kena pilih JimatHosting daripada hosting lain.

1. Ianya dari Malaysia

Ni point utama aku. Sebab kenapa aku mention 'dari Malaysia'? Kalau hosting ni dari Singapura aku taknak subscribe ke?

Sebenarnya, bila hosting yang kita pilih tu dari Malaysia, selalunya harganya pun mesra penduduk Malaysia. Cuba bayangkan beli air mineral dari Malaysia dan dari Jordan. Air mineral, tapi harga beza banyak! So bila ada hosting dari Malaysia ni, harganya pun mengikut duit penduduk di sini jugak.

2. Ada addon yang murah

Antara addon yang aku pilih ialah Elementor Pro. Pendek kata, aku dapat akses Elementor Pro pada website aku tu. Tak perlu pening-pening nak pasang sendiri Elementor tu sebab staf bahagian admin support akan pasangkan untuk kita. Korang cuma tunggu goyang kaki je. Tahu-tahu Elementor Pro dah dipasang ke website.

3. Boleh buka child domain

Child domain ni apa? Okey, korang pernah tak jumpa website macam contohwebsite.com, pastu ada blog.contohwebsite.com. Yang link nombor 2 tu dikira sebagai child domain. Aku tak ingat boleh pasang berapa, tapi korang boleh pasang up to 5 child domain. Nak buat pun tak susah mana. Aku berjaya buat lagi dua website iaitu Fic Aishaanoir (macam Wattpad tapi hanya karya aku je) dan Isyaht Gallery (online store). Dua website ni cam website main-main aku je. Jadi kalau korang nak jalan-jalan dekat website tu silakan.

Oh! Dan korang boleh minta staf pasang Elementor Pro dekat child domain jugak.

4. Customer service mantap

Ni paling best! Kalau hosting lain, kadang susah nak reach out customer support. Kena emel diorang, pastu tunggu berejam, dah dapat balasan kita tanya lagi, tunggu lagi, ulang-ulang sampai abang Jamil mampos.

Tapi untuk JimatHosting, korang boleh reach out diorang dari WhatsApp je. Nak bercakap pun boleh guna bahasa Malaysia, jadi senang kita nak faham dan report apa-apa masalah. Aku dah lebih setahun menggunakan JimatHosting jadi aku tahu customer service diorang sangat bagus.

Kalau korang rasa nak buka website Wordpress sendiri, korang boleh tekan link dekat bawah untuk mula melanggan. Kalau aku, aku pilih WordPress Litespeed Hosting Beginner plan. (Psst! Aku dapat commission sikit bila korang beli dari link aku kat bawah ni.)

Pilih JimatHosting sekarang!

Jadi, kenapa masih blogging pakai Blogger?

Masa aku punya website down sebab aku lambat bayar website aku, aku perasan sesuatu. Tujuan utama aku adalah untuk blogging. Jadi, kalau Wordpress website aku down, aku takde tempat nak blogging. Jadi aku pun gunakan Blogger semula hanya untuk blogging. Aku boleh je cipta child domain baru khas untuk blogging, tapi malas. Jadi aku pakai Blogger je. Lagipun bukannya aku tak biasa pakai Blogger pun. Aku mula guna Blogger sejak tahun 2013 lagi tahu!

Kesimpulan

So, kalau korang rasa nak buka wbesite sendiri, aku sarankan sangat untuk korang pakai JimatHosting ni. Jom kita support lokal!

Kalau korang nak request topik apa yang aku boleh tulis, korang bagitahu je aku.

2 comments

  1. dekat jimathosting, boleh tak kalau beli domain je? tak perlu hosting

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jugak. Domain dan hosting adalah dua benda berasingan di JimatHosting.

      Padam