Hai! Aku Aisyah, atau Nur Aisyah.
Aku seorang pelukis, penulis fiksyen, blogger dan peniaga sambilan.
Semua ni hanyalah hobi semata-mata. Aku tak bersedia lagi nak jadikan semua ni sebagai kerja tetap. Cita-cita aku ialah untuk menjadi guru!
Aku bukannya fikir kerja sebagai seorang pelukis dan penulis ni tak ada masa depan. Aku percaya semua kerja ada masa depan kalau kita belajar betul-betul bidang tersebut. Cuma, aku lebih tertarik untuk menjadi guru daripada menjadi peniaga dan memasarkan kebolehan seni aku ni.
Aku blogging untuk mengurangkan screen time aku pada telefon. Ya, buka laptop pun dikira screen time jugak, tapi lain. Laptop ni kau tak boleh bawa ke hulu ke hilir, buka setiap kali bosan di mana-mana sahaja. Telefon pula lain. Kau sentiasa bawa telefon tu ke mana sahaja.
Asalnya aku ada website Wordpress, tapi aku jarang update website tu kecuali untuk blogging. Bila aku dah takde akses pada website tu sebab tak mampu bayar tahun ni punya bayaran, aku pun fikir. Baiklah aku pakai Blogger. Lagipun aku tak perlu maintain gila-gila. Aku cuma menulis, post dan siap!
|
| Sumber: Chrunchyroll News |
Aku mula bercita-cita nak jadi cikgu selepas tengok anime Assassination Classroom. Kalau korang tak tahu pasal anime ni, it worth to try! Ianya ada lawak dan sedih. Adegan aksi pun menarik. Tapi kalau korang taknak tengok tapi nak tahu ni pasal apa, ni cerita tentang semua pelajar dari kelas belakang yang disuruh untuk bunuh cikgu mereka sebelum hari graduasi sambil catch up pelajaran mereka dan lulus semua peperiksaan. Masih taknak tengok? Sokay. Citarasa orang lain-lain.
Apapun, aku tertarik dengan betapa berdedikasi cikgu tersebut dalam mengajar pelajar-pelajarnya. Rasa macam, "Wow, bestnya jadi pelajar cikgu ni! Bestnya kelas ni!"
┏━•❃°•°❀°•°❃•━┓
Kalau rasa suka dengar aku membebel lagi dan nak dapatkan notifikasi bila catatan baru dah keluar, jom subscribe Substack aku. Aku akan hantar email bila catatan baru dah keluar.