Semua benda nak jadikan side income, mana keseronokannya?

Aku mula blogging masa aku sekolah rendah. Masa tu, aku suka tulis apa yang aku belajar dari komik yang aku baca macam komik siri Candy, siri La Flora dan siri X-venture. Aku juga akan tulis berdasarkan pengalaman aku — contohnya hadiah apa yang boleh kita bagi semasa program pertukaran budaya dan macam mana nak belajar untuk pelajar kinestetik. Kemudian, entah kenapa aku pi delete blog tu. Sekarang ni walaupun dengan Wayback Machine korang tak boleh nak jumpa blog tu dah.

Sepanjang aku blogging, aku dapat banyak pembaca. Sebahagian daripada pembaca blog aku ialah rakan sekolah aku. Aku juga rajin promote.

Selain daripada itu, aku juga ada melukis komik. Aku banyak lukis komik masa aku sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Aku ingat lagi antara komik yang aku buat adalah mengenai Raisyah dengan seorang lelaki misteri. Ianya heavily inspired by komik 'Cik Bunga Matahari' (a.k.a Himawari-San) siri pertama semasa abangnya tiba-tiba muncul di kedai cik Himawari.

Kenapa aku kongsikan kisah ni?

Aku nak kongsikan betapa gembiranya aku masa aku berkarya dulu. Ya, ada masa aku terfikir jugak nak dapat pendapatan sampingan dari hobi aku, tapi masa tu aku tahu benda biasa macam pasang iklan di blog atau jual buku komik sendiri je. Dapat 10 pembaca lepas post catatan baru pun buat aku gembira.

Tapi aku mula obses dengan nombor dan engagement di media sosial bila aku dapat tahu semua ni boleh dijadikan pendapatan sampingan melalui social medai guru di internet. Katanya aku boleh buat duit dengan hanya buat catatan blog, jual ebooks, jual lukisan, sentiasa buat post setiap minggu supaya orang tak lupakan kita, kena buat itu ini. Masa aku dengar tu, aku rasa excited. Jadi aku pun buatlah.

Masa ni la aku mula hilang kawan, kesihatan tidak terjaga, tak endahkan perasaan orang, semua benda nak dijadikan content. Ya lah, nak duit punya pasal. Sampai sekarang aku tak bangga dengan pencapaian aku sebab aku hilang hubungan dengan ramai orang.

Jadi, aku hiatus. Aku buat benda lain selain daripada melukis. Tapi aku tak boleh lari dengan content tentang buat pendapatan sampingan.

Hobi menulis? Jadikan sebagai kerja sambilan!

Hobi crochet? Jual di media sosial!

Hobi melukis? Buat kelas, buat ebook!

Hobi blogging? Buat guest post, jual ebook!

Hobi melukis komik? Cetak dan jualkan di media sosial!

Hobi buat content? Post setiap minggu dan jual skill sedia ada!

Perkara ini tidak salah pun. Kita boleh jual ebook, masterclass, memasarkan kebolehan diri dan jual produk lain. Tak dinafikan perkara sebegini memang menjadi, sebab tu orang tak putus-putus bagi nasihat yang sama.

Tapi bagi aku (dan untuk aku seorang), benda ni membuatkan hobi menjadi tugas rutin yang kemudiannya menarik keluar rasa keseronokannya bila apa yang dilakukan tidak menjadi. Bila jualan ebook tidak mendapat sambutan, aku mula rasa malas nak menulis. Bila blog kurang pembaca, aku mula hilang rasa nak blogging. Bila komik tak ada orang beli, aku mula tinggalkan aktiviti melukis.

Benda ni boleh dielakkan jika kita dapat tunjuk ajar daripada orang yang sudah ada di bidang tersebut

Contohnya seperti kenalan aku dari Facebook. Dia dapat tunjuk ajar secara berdepan dengan seorang senior yang sudah lama jual komik dan merch sendiri. Hasilnya, dia juga mula membina perniagaan sendiri di bidang yang sama juga. Ini adalah contoh terbaik bahawa tunjuk ajar daripada orang profesional memang menbantu untuk tukarkan hobi menjadi kerjaya atau kerja sambilan.

Tahu tak yang korang masih boleh berniaga atas talian tanpa follower media sosial?

Ya, ianya tidak mustahil! Malah lebih senang daripada kena post setiap hari dan mengikut trend semasa.

Ya, bina penonton di media sosial menjimatkan kos kerana kita tak perlu bayar apa-apa untuk post di media sosial. Tapi, korang kena jadi content creator pulak on top of kerja perniagaan yang sedia ada. Korang juga kena banyak menggunakan media sosial untuk cari idea untuk post seterusnya SAMBIL design produk, berurusan dengan pembekal dan merancang produk baru.

Aku nak cakap lebih tapi aku bukanlah orang yang sesuai untuk ajara korang benda ni, jadi korang boleh tengok video Youtube ni:

How I'd Make My First $1000/Month Selling Handmade, Without Posting Daily

I built a business from scratch to prove you can too (It made me $11,414)

Kesimpulan

Again, aku tak kata yang jadikan hobi sebagai pendapatan sampingan tu salah. Cuma untuk aku sendiri, aku rasa aku tak suka untuk buat sendiri. Aku nak enjoy dengan hobi aku, bukan stress bila perniagaan sambilan untuk hobi tersebut tidak menjadi.

Kalau korang ada topik lain yang korang nak request aku tuliskan boleh bagitahu je tahu!

2 comments

  1. Pokcik seronok tengok orang melukis.. proses dia melukis hingga siap.. tapi pokcik tak pandai melukis

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih pokcik sebab singgah :) saya pun suka tengok video proses orang melukis.

      Padam