Kenapa aku mula blogging (ya tak habis-habis topik sama)

Aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa, jadi aku jalan-jalan kat blogger orang lain untuk tengok apa yang tengah trending antara blogger di Malaysia. Dan aku terjumpa satu catatan dari sis Mulan.

Jadi, kenapa aku mula blogging? 

Kita patah balik pada 2013. Masa tu, kawan aku dekat sekolah agama bagitahu aku yang dia buat blog sendiri. Aku pada mulanya tak tahu apa tu blog, jadi kawan aku tu bagitahu la yang kita boleh buat macam diari tapi orang boleh baca.

Orang lain kalau boleh taknak orang baca diari mereka, tapi masa tu konsep diari aku lain dari yang lain. Kalau nak guna terma zaman sekarang, aku lebih kepada commonplace journal + brain dump journal. Commonplace journal tu macam tempat korang tulis apa-apa yang korang belajar, temui dan kajian sendiri. Brain dump journal pulak tempat tulis apa je idea kat kepala korang. Basically aku guna 'diari' aku untuk tulis idea cerita fiksyen, watak rekaan aku, dan apa-apa maklumat yang aku belajar dari komik. Tapi kalau aku tulis dalam buku diari cuma kawan-kawan yang membaca. Jadi bila aku dengar blog ni macam diari jugak, aku terus buat!

Masa ni cuti hujung tahun. Aku ikut mak pergi ofis dia dekat KL. Masa rehat pukul 1pm - 2.30pm, aku buka Google dan cari Blogger.com. Kalau tak percaya, korang boleh tengok profil blogger aku. Ada tertulis yang aku cipta blog sejak Disember 2013


Apa aku blogging?

While people share about their life, aku share ilmu yang aku belajar dari komik. Macam pasal baju cheongsam, hadiah terbaik untuk program pertukaran budaya dengan negara lain, dan random sejarah dari komik bersiri Khazanah Dunia. Dan blog macam ni buatkan aku reach ramai viewers! Woohoo!!

Rasa gembira sangat tengok aku punya blog popular. 

Apa jadi dengan blog tu?

Aku delete. Jangan tanya kenapa, aku pun tak tahu kenapa aku delete. Kalau tak boleh la aku mengimbau kenangan walaupun aku taknak sambung menulis. Sebab aku rasa fun fact yang aku kongsikan membantu ramai orang dalam membuat assignment diorang. Tapi nak buat apa, nasi sudah menjadi bubur.

Aku asalnya blogging pakai Wordpress tahun ni, tapi sebab website aku down masa aku tak sempat bayar sebelum deadline, aku kembali ke Blogger. Blogger selamanya free, dan aku harap Google takkan bubarkan Blogger sebab kalau tak macam mana lagi nak blogging dan merasa macam ada website sendiri.

Ada lagi tak segmen lain aku tak join lagi? Nak jugak kenal-kenal dengan geng blogger lain. Taknak rasa lonely huhu (⁠◕⁠ᴗ⁠◕⁠✿⁠)





0 comments